Kehidupan peribadi Syafie_Naswip

Shafie bersekolah di Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.[3][4][5][6][7][8]

Beliau bertunang dengan pelakon Aishah Azman pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras.[9] Mereka mula menjalin hubungan cinta sejak 2018 dan memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka. Majlis itu dihadiri oleh seramai 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.[10][11]

Rujukan

WikiPedia: Syafie_Naswip http://www.imdb.com/name/nm2390011/ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/54... http://syafienaswip.blogspot.my http://www.hmetro.com.my/articles/LakonandalamSong... http://www.kosmo.com.my/hiburan/syafie-naswip-aish... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/syafie-naswi... https://www.facebook.com/SyafieNaswipFP